PERASMIAN KELOMPOK PAS CAWANGAN-CAWANGAN DALAM KAWASAN KLUANG



PERASMIAN KELOMPOK PAS CAWANGAN-CAWANGAN DALAM KAWASAN KLUANG

Alhamdulillah, malam ini Ustaz Abdullah bin Husin telah menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Agung PAS cawangan-cawangan dalam Kawasan Kluang.

Malam ini juga saya telah mengisytiharkan untuk tidak mempertahankan jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kluang yang telah diamanahkan kepada saya selama 10 tahun atau 5 penggal kerana kekangan masa yang dihadapi ketika ini.

Malam ini juga Ustaz Abdullah bin Husin telah melancarkan Pra-Sambutan 4 Dekad PAS Kawasan Kluang. PAS Kluang secara rasminya diterima pendaftarannya pada 21 Jun 1983.

Seperti yang telah saya sebutkan tadi ; saya tidak akan tinggalkan Johor dan Kluang kerana ini tapak perjuangan saya sejak tahun 1997 lagi.

11 Mac nanti, PAS kawasan Kluang akan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Semoga semua PAS Cawangan-Cawangan dapat melaksanakan MAT dengan sebaiknya.

KFAK


Ulasan