PRESIDEN PAS TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN SEBAGAI KOMANDAN KHIDMAT MALAYSIA PARLIMEN MARANG


PRESIDEN PAS TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN SEBAGAI KOMANDAN KHIDMAT MALAYSIA PARLIMEN MARANG

Petang ini, penyerahan Watikah Perlantikan kepada semua Ahli Parlimen yang merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai Komandan Khidmat Malaysia di peringkat Parlimen yang diwakili oleh mereka.
Penerimaan Watikah diketuai oleh Presiden PAS Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dilantik sebagai Komandan Khidmat Malaysia Parlimen Marang .

Turut menerima Watikah Perlantikan ini adalah Dato' Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Komandan Kubang Krian), Datuk Ustaz Idris bin Ahmad (Komandan Bagan Serai), Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan (Komandan Kota Bharu) dan Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff (Komandan Rantau Panjang).

Perlantikan Komandan ini adalah bertujuan untuk melibatkan semua Ahli Parlimen dalam operasi bencana yang berlaku di peringkat Parlimen secara lebih siatematik dengan kerjasama Khidmat Malaysia di peringkat kawasan.

Komandan Khidmat Malaysia berperanan sebagai Penasihat kepada Jawatankuasa Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan/Parlimen dan akan turun berkhidmat bersama anggota dan sukarelawan Khidmat Malaysia.

Sekian.



https://harakahdaily.net/index.php/2023/01/15/presiden-pas-terima-watikah-komandan-khidmat-malaysia-marang/

Ulasan