DAP sudah berani arahkan BN


AHLI Parlimen DAP Bandar Kuching telah menempelak IGP secara terbuka. Kini giliran Ahli Parlimen DAP Kampar Chong Zhemin pula boleh nak arah BN.

Ahli-ahli Umno yang masih setia rasalah bagaimana bila pemimpin tertinggi anda memilih bekerjasama dengan DAP, urusan rumahtangga Umno pun DAP campuri.

Zhemin mahu BN mengambil tindakan terhadap semua Ahli Parlimennya yang sebelum ini menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Kata Zhemin:

“Saya tidak berniat masuk campur dalam urusan dalaman BN, tetapi semua usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan dan mengelak Langkah Sheraton 2.0 bagi menggulingkan kerajaan berulang,”

Tidak berniat tetapi masuk campurlah itu. Umno BN tidak boleh marah kerana pemimpin tertinggi mereka memilih untuk tunduk dan bekerjasama dengan PH yang didominasi DAP lantaran agenda peribadi.

Walau bersama dalam Kerajaan Campuran ini tetapi BN cuma ada 30 kerusi (Umno 26) sedang DAP rakan kongsi terbesar punya 40 kerusi dan PH yang DAP kepalanya punya 81 kerusi.

Terimalah kehendak kepimpinan DAP dan PH, sebelum ini muafakat ummah dipandang jijik kepimpinan tertinggi Umno sedang payung PH yang dipegang DAP dipandang mulia.

DAP akan jadi pengurus dan pengarah sebenar yang memimpin dan mengepalai Kerajaan Campuran PH-BN ini. Orang menumpang kasih tak bolehlah cakap apa.

Disuruh tunduk tunduklah disuruh cium-cium, durian mereka anda mentimun kesan keputusan pemimpin tertinggi akhirnya Umno menggolek pun cedera tergolek apatah lagi.

Bangkit bersuaralah pertahankan maruah anda kawan-kawan Umnoku. Jangan biarkan DAP menjajah dan menguasai anda.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 7/2/2023

Ulasan