LIVERPOOL TERUS BERHADAPAN DENGAN KEKALAHAN



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Begitulah keadaan yang perlu diterima oleh seluruh penyokong tegar Liverpool FC (LFC) bahawa kini kedudukan pasukan kesayangan mereka ini dalam keadaan yang paling tidak menentu.

Bukan sekadar terus dihina, dikeji dan diperli oleh para 'haters' yang mengambil peluang menyembur kata-kata nista terhadap PFC dan para penyokongnya, kekalahan berturut-turut LFC sedikit sebanyak melemahkan semangat para penyokong.

Tanpa menafikan bahawa dalam dunia bola sepak sudah tentu ada masa naik dan turun, tetapi ketika ini memang sangat pedih dan perit kedudukan LFC yang sukar mencari rentak kemenangan.

LFC terus berdepan  prestasi buruk musim ini bila kalah kali ketujuh mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dibelasah Wolves 0-3. Skuad kendalian Jurgen Klopp ini mengalami kekalahan keempat dalam tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan iaitu satu rekod yang menyedihkan dengan hanya satu kemenangan sahaja dalam proses tersebut.

Liverpool turun ke tangga ke-10 di mana kini ketinggalan 10 mata daripada empat teratas di pertengahan musim terburuk mereka di bawah Klopp selama tujuh tahun.

Seperti yang saya katakan tadi ; memang pedih dan perit untuk dihadapi situasi ini namun sebagai penyokong tegar, ini semua hanya ujian terhadap kesetiaan para penyokong.

LFC akan kembali mencatatkan kemenangan selepas ini. Mungkin musim ini akan berlalu tanpa apa-apa piala namun pihak pengurusan perlu segera selesaikan masalah yang mengganggu kelancaran pasukan.

Wassalam.

Ulasan