Menitip pandangan negarawan untuk masa depan





ALHAMDULILLAH, Allah beri kesempatan bertemu mata dan berbincang dengan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini.
Banyak hal dapat dibincangkan dengan Tun M, terutama mengenai sejarah lampau, penjajahan, kelemahan dan kesilapan kita, masa depan orang Melayu, Tanah Melayu, ekonomi, politik, sosial, padi-beras, Kedah, Langkawi, Pulau Pinang, Malaysia dan negara serantau.

Tidak ketinggalan projek-projek berimpak tinggi kerajaan dan swasta di Kedah – Kedah Aerotropolis, SBEZ, Pelabuhan, Independent Power Plant, Widad Langkasuka dan banyak lagi.

Keprihatinan Tun M kepada masa depan orang Melayu tidak pernah luntur. Pemikiran beliau tetap tajam, ingatan beliau detail dan pandangan beliau tetap segar. Semoga Allah panjang usia Tun M berdua dalam kebajikan.

YAB DATO’ SERI MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY 13/2/2023

Ulasan