Pemukiman PERIKATAN NASIONAL (PN)






TIGA perkara yang boleh kita rumuskan daripada Pemukiman PN
Kesatuan Ahli Parlimen PN

Ketika gabungan parti dalam kerajaan campuran sibuk bercakaran sesama sendiri, Ahli Parlimen pembangkang bergerak jauh ke hadapan dengan bertindak sebagai satu pasukan ampuh.

Kesemua 74 Ahli Parlimen PN telah hadir membuat persiapan menghadapi persidangan bagi Penggal Kedua Parlimen ke-15 bermula 13 Februari nanti.

Masing-masing duduk bersama mengeluarkan idea dan cadangan tanpa ada isu perebutan kerusi, isu menjadi beban parti gabungan dan sebagainya.

Government in waiting

Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat PERIKATAN NASIONAL telah dilancarkan.

Kabinet bayangan itu diisi oleh Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk menjadi semak dan imbang kepada Kerajaan PH-BN supaya tiada isu rakyat yang tercicir.

Tidak sekadar itu, sekretariat PN juga akan mengeluarkan kenyataan polisi berkaitan ekonomi, alam sekitar, antarabangsa dan pertahanan atau keselamatan dalam negara.

Ini adalah bukti komitmen PN untuk terus berperanan menjadi pemimpin prihatin terutama apabila melihat kegagalan PH-BN dalam menjaga kebajikan rakyat.

PH-BN terdesak

Tindakan kerajaan campuran menggunakan agensi pihak berkuasa untuk membeku akaun parti lawan pastinya bukan saja-saja dibuat.

Naratif fitnah untuk mencemarkan imej PN sememangnya telah digerakkan oleh PH-BN sejak awal lagi. Bermula daripada ‘Bayangkan PN mendapat dana dari tauke judi’, sehinggalah pembekuan akaun parti BERSATU.

Mereka akan terus berusaha keras merosakkan imej bersih PN bagi menutup keburukan mereka.

Strategi kotor PH-BN ini menggambarkan betapa terdesaknya mereka untuk menawan hati rakyat bagi menghadapi PRN nanti.

Selamat bertugas kepada semua Ahli Parlimen PN! Teruskan bergerak dengan DNA Prihatin, Bersih dan Stabil.

MUHD KHIDHIR IZAIDIN
Setiausaha Pemuda PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 2/2/2023

Ulasan