Perolehan vaksin: Cubaan ketiga Anwar burukkan PN




ANWAR kata perolehan vaksin COVID-19 tak ikut peraturan. Katanya, perolehan tersebut ditandatangani menteri-menteri tanpa kelulusan Peguam Negara. Anwar kata ada penyelewengan dan rasuah.
Itu kata Anwar dan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menafikan tuduhan Perdana Menteri ke-10 ini.

Beliau menegaskan yang semua proses perolehan termasuk terma undang-undang telah diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah juga senada dengan Khairy Jamaluddin.

Katanya, “Ada (laporan setebal) 521 muka surat dan Pengerusi PAC pun telah membuat pengumuman dan sebagainya. Jadi, siasatan dan sebagainya telahpun dibentangkan kepada PAC.”

Untuk makluman, PAC pada 1 Disember 2021 telah mengesahkan bahawa urusan perolehan vaksin dilaksanakan secara teratur dan mengikut tatacara kewangan.

Pengerusi PAC ketika itu adalah Ahli Parlimen DAP, Wong Kah Woh. Bukan orang BERSATU atau PAS.

Wakil tetap Jabatan Peguam Negara dan Nurul Izzah pun ada sebagai anggota PAC.

Laporan setebal 521 muka surat telah dibuat. Keputusan peroleh vaksin itu juga telah dibawa ke Jemaah Menteri sebelum ini untuk kelulusan. semua mengikut prosedur. Apa yang Anwar nak cuba nafikan?

Kemudian Anwar kata, “My statement was given based on what was furnished to me by the Health Ministry and Cabinet. Then let the investigation body investigate wherever it is true or not”.

Skrip yang sama seperti isu ‘Bayangkan PN dapat dana judi’ dan ‘Muhyiddin seleweng RM600 bilion’. Buat tuduhan semberono untuk memburukkan imej PN namun gagal dibuktikan.

Inikah level Perdana Menteri ke-10? Ada baiknya Perdana Menteri ke-10 beri fokus untuk bantu rakyat, fikirkan solusi bagi masalah negara bukan buat kerja bina persepsi begini. Memalukan.

DR MOHD MAZRI YAHYA
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/2/2023

Ulasan