Pesta maki Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi




BUKAN perkara baru, bab maki dan kata huduh buruk kepada Tuan Guru (TG) Haji Abdul hadi, tapi macam tak ‘lut” (tak berkesan) apa-apa.

Orang cuba banding peribadi TG Haji Abdul Hadi dengan si pencaci, jauh sangat, sama ada dari segi sudut ilmu, watak, integriti dan kehidupan keluarga TG Haji Abdul Hadi.

Lagi kuat orang maki, lagi naik makam TG Haji Hadi di sisi masyarakat. Orang hendak ketahui lebih dekat peribadi TG Haji Hadi, akhirnya orang yang membuat cacian itu yang kena marah.

Betullah TG Haji Hadi bukan maksum, sebagai manusia biasa. TG Haji Hadi tidak melakukan dosa besar seperti minum arak, berzina, tidak makan rasuah (ketika TG Haji Hadi menjadi MB Terengganu 1999-2004), tidak bersalam dengan wanita ajnabi, anak isteri memakai pakaian mengikut syariat.

Cuba tuduh TG Haji Abdul Hadi samakan rasuah dengan sedekah. Biasalah tu, baca sekarat, faham sekerat. Pengalaman saya menjadi pensyarah dahulu, selalu berpesan, kena baca soalan sehingga habis. Perangai baca soalan tidak habis, akhirnya gagal jawab yang betul. Ia terbawa-bawa sehingga habis belajar. Ini memang pelajar yang gagal sejak belajar hingga habis belajar.

Cuba baca laporan Berita Harian 21/1/2023 Tuan Guru menyebut, “Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah maka terpulang kepada dia,”.

Apabila isu ini dimainkan, akhirnya keluar pula gambar sebuah parti yang sedang bagi duit secara jelas. Sudah terang lagi bersuluh.

Tetapi CT musuh PAS cuba hendak mengatakan TG Haji Hadi menyamakan sedekah dengan rasuah. Awat, ingat TG Haji Hadi jahil sangat ke.

Tuan Guru Haji Hadi telah membuktikan diri beliau semasa menjadi Menteri Besar Terengganu tidak ada rasuah. Boleh lihat cara hidup TG Haji Hadi yang sederhana. Jika hendak sebat rasuah waktu beliau menjadi Menteri Besar lah, beliau boleh buat apa sahaja. Boleh siasatlah.

Tuan Guru berkempen ke sana ke mari tidak naik private jet, kerana TG Haji Hadi tidak mampu untuk sewa jet, setakat gaji Ahli Parlimen tidak mampu untuk sewa jet. Tapi orang lain mampu, naik jet peribadi, depa ambil duit daripada mana, saya tidak tahulah?

USTAZ DATUK IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Bagan Serai – HARAKAHDAILY 10/2/2023

Ulasan