Dulu cakap ‘Tender Terbuka’, tapi diamal kini sebaliknya


TULAR pula satu surat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kepada Perdana Menteri memaklumkan senarai syarikat-syarikat yang difikirkan mampu memenuhi kriteria untuk rujukan dan pertimbangan Perdana Menteri bagi tujuan penyertaan di dalam proses tender nanti.
Soalan saya, sejak bilakah apa yang disebut sebagai tender terbuka tiba-tiba menjadi tender terbuka terpilih ini? Kalau sekadar nak teruskan amalan kerajaan sebelum ini, apa maknanya Perdana Menteri ke-10 (PMX) berdegar-degar menyebut bahawa tiada lagi tender terpilih, semuanya terbuka?!

Tidakkah tender terpilih dan terhad tanpa PreQ Terbuka terlebih dahulu ini akan membuka kepada amalan ‘pakat harga’ yang akan mendorong kepada pemilihan kontraktor tertentu sahaja?

Saya menggesa pihak berwajib keluarkan penjelasan terhadap isu ini. Kena ingat, walaupun dicop sulit di atas surat yang sangat jelas maksudnya ini, pegawai-pegawai kerajaan sendiri sangat meluat dengan amalan luar kebiasaan seperti ini.

Saya cadangkan juga, masukkan kes cakap tak serupa bikin ini ke dalam salah satu babak filem Untold Story itu. Khabarnya pecah panggung…

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ulasan