REE: Riza Chalid sahabat Anwar punca Sanusi difitnah?



SEMALAM Sanusi dedahkan antara sebab Kedah teruk diserang kerajaan madani adalah kerana nafsu jahat PKR untuk mendapatkan kekayaan REE di Kedah.
Nilai kekayaan REE di Kedah adalah RM60 bilion selama 20 tahun perlombongan. Ini bermaksud dalam tempoh perlombongan setahun sahaja REE membawa nilai RM3 bilion.

Sudah tentu apabila dengan nilai RM250 juta sebulan sahaja boleh menyebabkan banyak pihak rambang mata. Tidaklah hairan mengapa Sanusi teruk diserang oleh pihak PH-BN. Malah kekayaan Kedah bersumberkan REE ini turut diakui oleh Saifuddin mengapa Kedah perlu dirampas dengan alasan Sanusi akan mengaut kekayaan REE di Sik.

Terdapat 60 tapak perlombongan haram di seluruh Malaysia dengan nilai anggaran keseluruhan RM800 bilion namun tiada siapa pun yang pernah mendedahkan mengenai aktiviti haram ini bagi pihak kerajaan. Kedah merupakan sasaran terbaru perlombongan REE.

Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah tidak mahu aktiviti REE dibuat secara diam-diam dan hasilnya tidak sampai kepada rakyat oleh itu beliau isytiharkan penemuan REE di Sik dan akan dibuat mengikut prosedur yang betul.

REE turut dijumpai di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Selangor namun tidak satu pun berita penangkapan atau penahanan terhadap aktiviti haram di mana-mana negeri ini sebagaimana berita di Kedah.

Sebaliknya kisah mengenai 60 tapak perlombongan haram terpaksa didedahkan oleh kerajaan setelah didesak oleh Sanusi agar kerajaan tidak menyembunyikan isu sebenar mengenai REE di Malaysia.

Paling mengejutkan ialah Anwar yang belum lagi terpilih sebagai Perdana Menteri pada masa itu pernah membawa sahabat baik beliau seorang taikun minyak dari Indonesia bernama Riza Chalid untuk meninjau dan melawat Kedah bagi mencari peluang perlombongan REE.

Taikun Riza Chalid adalah seorang usahawan minyak yang terlibat dengan Pertamina (mirip PETRONAS). Beliau turut memiliki Kidzania Jakarta dan juga sebagai pemilik Air Asia Indonesia. Beliau turut disenaraikan sebagai orang terkaya di Indonesia. Takat nak biaya perjalanan Anwar naik helikopter itu hanya perkara kecil sahaja.

Maka kerana itu terjawablah sudah mengapa Saifuddin yang pernah kalah dalam PRU15 yang lepas masih tidak malu untuk datang ke Kedah bagi menyerang Sanusi habis-habisan demi merebut kekayaan Kedah selain daripada motif politik PH-BN.

Oleh itu ini juga memberikan jawapan kepada orang Kedah mengapa wajib pertahankan Sanusi dalam Pilihan Raya Negeri kali ini. Ia bukan semata-mata untuk mempertahankan Kerajaan PN di Kedah malah perjuangan ini juga demi pertahankan Kedah daripada dirompak oleh orang luar.

ABU FATEH – HARAKAHDAILY 2/8/2023

Ulasan