Pertemuan 4 MB bersama Tun M dan Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Perbincangan antara pimpinan empat negeri di bawah PERIKATAN NASIONAL/PAS bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Insya-Allah empat negeri ini akan memperkukuhkan kerjasama bagi tujuan meningkatkan tahap sosioekonomi, peningkatan hasil negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Nasihat-nasihat dari Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tuan Guru Ayah Chik sebagai negarawan akan kami tekuni dan laksanakan dengan segera,” ujar Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam hantaran di Facebook beliau, malam ini.

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut serta pada pertemuan tersebut. – HARAKAHDAILY 2/9/2023

Ulasan