STAR PERTAHANKAN KEJUARAAN HOKI SBP PERINGKAT KEBANGSAAN





STAR PERTAHANKAN KEJUARAAN HOKI SBP PERINGKAT KEBANGSAAN




Oleh KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL




SEKOLAH Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh berjaya mempertahankan kejuaraan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat Kebangsaan (Lelaki) di Stadium Hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Johor apabila berjaya menumpaskan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban dengan jaringan 1-0, lawan yang sama yang berjaya ditewaskan pada perlawanan akhir tahun lalu.




Pada perlawanan pusingan awal, STAR telah menewaskan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) dengan jaringan 4-0 dan menewaskan SMS Tengku Muhammad Faris Petra (Faris) dengan jaringan 1-0.




STAR melangkah ke suku akhir selaku juara kumpulan A dan berjaya menewaskan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit atau BRaInS dengan jaringan 6-0 manakala di peringkat separuh akhir, STAR berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) dengan jaringan 3-0.




Pasukan Hoki STAR yang juga dikenali sebagai STAR ANACONDA sejak tahun 1990 telah berjaya mencatatkan 'cleen sheet' apabila berjaya menjaringkan 15 gol tanpa balas.




Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Batu Pahat ini diadakan pada 5 - 7 September melibatkan kategori lelaki dan wanita. Kejohanan ini juga peringkat kebangsaan ini telah dimulakan sejak tahun 2006.




STAR adalah juara bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016, 2018 dan 2022. Kemenangan tahun ini menambahkan koleksi kemenangan STAR untuk kali yang ketujuh.




Berikut adalah senarai juara bagi kategori lelaki sejak ia mula dilaksanakan.




2006 – SM Sains Machang (SMACH)

2007 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)

2008 – SM Sains Machang (SMACH)

2009 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)

2010 – SM Sains Machang (SMACH)

2011 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)

2012 – SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)

2013 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

2014 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

2015 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

2016 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

2017 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)

2018 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

2019 – SMS Tengku Muhammad Faris Petra (Faris Petra)

2022 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman

2023 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman




Tahniah kepada pasukan Hoki STAR.

Ulasan