Himpunan 10K Solidariti Palestin: Ayuh para pencinta kedamaian



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ini menjemput semua pencinta kedamaian dari seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyertai Himpunan 10K Solidariti Palestin yang akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Tempat: Perkarangan Masjid KLCC, Kuala Lumpur
Masa: 2 petang

Himpunan ini akan disertai oleh pelbagai NGO dan parti politik bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Israel yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Sila bawa bendera Palestin dan sepanduk yang menandakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh : 24 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 24/10/2023

Ulasan