KENYATAAN MEDIA: JENTERA DAN SUKARELAWAN KHIDMAT MALAYSIA BERSIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA


  1. Sejak beberapa hari yang lalu, hujan telah turun dengan lebatnya di beberapa lokasi di Malaysia sehingga terdapat kawasan telah dinaiki air dan menyebabkan berlakunya banjir kilat. Antara kawasan yang terkesan adalah empat daerah di Kedah yang membabitkan daerah Bandar Baharu, Padang Terap, Pokok Sena dan Sik.
  2. Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Februari 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko disebabkan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada pertengahan bulan November hingga Mac 2024.
  3. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pula menjangkakan negeri-negeri di Pantai Timur akan mengalami banjir fasa pertama November ini berdasarkan ramalan cuaca dan akan memberikan fokus kepada Pantai Timur bagi berdepan sebarang kemungkinan. JBPM telah mengenal pasti 5,648 lokasi hot spot banjir yang ada di seluruh negara.
  4. Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) telah mula memantau perkembangan ini melalui Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) dan mengarahkan bantuan diberikan ke kawasan yang terlibat sepanjang berlakunya banjir kilat ini dan banjir yang akan berlaku pada masa hadapan.
  5. Semua entiti yang bernaung di bawah Khidmat Malaysia seperti Jabatan Amal, Briged Muslimat, Lajnah Kebajikan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs) serta Khidmat Malaysia di peringkat Negeri dan Kawasan hendaklah memulakan persiapan termasuklah menyediakan tenaga kerja, sukarelawan dan peralatan yang bersesuaian dengan operasi bencana nanti. Bilik Gerakan Negeri dan Bilik Operasi di peringkat kawasan hendaklah dipersiapkan. Kelengkapan dan peralatan pentadbiran mestilah dipersiapkan.
  6. Berpandukan pengalaman yang lalu, Khidmat Malaysia menganggarkan sekurang-kurangnya sebanyak RM 500,000.00 diperlukan untuk menggerakkan operasi dan bantuan bencana banjir pada kali ini. Oleh itu, Khidmat Malaysia menggerakkan TABUNG BENCANA RM 100K untuk fasa pertama dalam tempoh sebulan bermula hari ini.
  7. Hulurkan sumbangan anda ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir dan sukarewalan yang terlibat. Sumbangan juga boleh salurkan di link ; https://toyyibpay.com/sumbangan-umum-bencana
  8. Sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.

Sekian, wassalam.

TUAN KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL, KMN
Ketua Pengarah
Khidmat Malaysia Pusat
24 Oktober 2023

Ulasan