Radio Hijau.FM kini genap usia 10 tahun


SHAH ALAM: Radio Hijau.FM yang merupakan penyiar rasmi PAS kini melewati usia 10 tahun selepas mula beroperasi pada tahun 2013, iaitu ketika menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Radio ini menjadi penyiar di lokasi dan dalam talian pada program rasmi bagi menyalurkan maklumat mengenai PAS dan mengupas pelbagai isu-isu semasa.

Ketika muktamar PAS yang sedang berlangsung sekarang, radio ini turut menjadi media rasmi, selain program seperti Himpunan Fastaqim, bantahan ICERD dan H355.

Radio ini juga terlibat dengan PRU13, PRU14, PRU15, Pilihan Raya Negeri (PRN15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Sempena muktamar kali ke-69 di IDCC, radio dalam talian ini melancar logo baharu yang disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di booth Konti Hijau.FM di lobi IDCC aras 7, semalam.

Kemunculan Radio Hijau.FM merancakkan perkembangan radio dalam talian dengan slogan ‘Dakwah, Informasi dan Inspirasi’.

Perwakilan dan pemerhati yang hadir di muktamar boleh melihat dan mendengar celoteh juruhebah Radio Hijau.FM yang beroperasi tidak jauh dari surau IDCC. – HARAKAHDAILY 22/10/2023

Ulasan