Mangsa banjir Kelantan meningkat mendadak kepada 11,329 orang 10 malam ini

Mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 6,261 orang malam ini. Gambar PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Pasir Mas hari ini. - Foto BERNAMA

Mangsa banjir Kelantan meningkat mendadak kepada 11,329 orang 10 malam ini
Oleh Hidayatidayu Razali - Disember 25, 2023 @ 11:32pm
KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan mangsa meningkat mendadak kepada 11,329 orang sehingga 10 malam ini, berbanding 5,155 petang tadi.

Jumlah mangsa meningkat di semua daerah dan Jeli menjadi jajahan terbaru dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini.

Semua mangsa membabitkan 3,480 keluarga itu berlindung di 74 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Jeli.

Mengikut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 6,261 orang berada di 20 PPS, berbanding 3,273 orang petang tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA









Mangsa banjir di Pasir Mas paling ramai berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh (1,071 orang, 331 keluarga) dan SK Gual Tinggi (1,054 orang, 360 keluarga).

Jajahan Kuala Krai, mangsa banjir berjumlah 2,437 orang di 24 PPS, diikuti Tanah Merah (1,683 orang di 19 PPS), Machang (425 orang di lima PPS), Gua Musang (268 orang di empat PPS) dan Jeli (255 orang di dua PPS).

Ulasan