Puluhan ribu penduduk terjejas banjir di selatan Thailand


Antara kawasan ditenggelami banjir di selatan Thailand. - Kredit: Provincial PR Department
Puluhan ribu penduduk terjejas banjir di selatan Thailand
Disember 25, 2023 @ 6:57pm
BANGKOK: Puluhan ribu penduduk di selatan Thailand terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat, menurut pegawai, hari ini.

Bencana itu juga menyebabkan sebilangan jalan dan landasan kereta api terpaksa ditutup sementara.

Sekurang-kurang belasan sekolah di wilayah Yala dan Narathiwat turut ditutup, manakala rakaman video pula menunjukkan kediaman serta kedai dinaiki air.

Selain itu, cuaca buruk menyaksikan sekurang-kurang tujuh bot dilaporkan karam di Teluk Thailand dan Laut Andaman sejak Jumaat lalu.

Syarikat perkhidmatan kereta api Thailand memaklumkan, penutupan landasan menyebabkan kereta api menuju selatan ke sempadan Malaysia, terpaksa berhenti di Yala yang kira-kira 100 kilometer jaraknya.


Pihak berkuasa menasihati penduduk di wilayah yang terkesan, supaya bersedia untuk berpindah sekiranya banjir semakin buruk. - AFP

Ulasan