SATU sinar baharu diharapkan dengan adanya rombakan kabinet selepas setahun Malaysia dipimpin oleh barisan kabinet yang tidak kompeten.
Tahniah atas satu langkah berani Perdana Menteri ke-10 (PMX) walaupun saya tidak nampak bagaimana kabinet baharu ini akan memberi kelebihan kepada negara apabila PMX memilih untuk mengekalkan menteri yang bermasalah:
1. Anwar Ibrahim masih memegang dua jawatan; Perdana Menteri dan Menteri Kewangan;
2. Zahid Hamidi masih menjadi Timbalan Perdana Menteri;
3. Tiong King Sing yang suka mabuk tetap menjadi Menteri Pelancongan;
4. Zaliha Mustafa, Fahmi Fadzil, Ahmad Maslan, Rafizi Ramli yang jelas gagal memainkan peranan turut dikekalkan;
5. Tiga orang menteri Umno hanya ditukar-tukar jawatan antara tiga kementerian termasuk Timbalan Presiden Umno.
Rombakan kabinet ini tidak lebih hanya sekadar memperkukuhkan parti dalam PH dan Umno dengan pertukaran portfolio bagi PKR, menggantikan Ramkarpal Singh dan Sivakumar dengan Gobind Singh dan M. Kulasegaran bagi DAP dan mengembalikan Dr. Dzulkefly Ahmad bagi PAN.
Pendukung Zahid Hamidi pula mungkin sedang tersenyum bangga kerana merasakan Umno telah mendapat untung berganda apabila Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani dan Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad kembali dalam kabinet.
Sebenarnya tidak banyak yang berubah. Rombakan kabinet ini hanya menjadi satu lagi bukti pendustaan kata-kata reformasi Anwar sebelum ini.
Kalau sebelum ini Anwar berbangga dengan kabinetnya yang kecil, hari ini saiz kabinet telah meningkat dari 55 orang ke 60 orang bahkan diisi pula oleh individu yang mempunyai rekod buruk.
Apakah nasib rakyat akan terbela? Rasanya tidak.
Sekian.
ZURK AHMAD
Ketua Penerangan
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 13/12/2023
Ulasan
Catat Ulasan