TURUN PADANG DI RANTAU PANJANG


Hari ini turun ke Parlimen Rantau Panjang untuk meninjau keadaan terkini bencana di sana.

Walaupun hujan sudah tidak turun selebat sebelum ini dan cuaca cerah namun paras air banjir semakin naik.

Begitulah aduan mangsa dan diperakui oleh Kak Lah Siti Zailah Mohd Yusoff tadi. Saya di bawa ke lokasi untuk melihat keadaan sebenarnya.

Ada mangsa yang ditempatkan di kawasan gudang kosong kerana PPS yang dibuka di kawasan sekolah terletak jauh dari kawasan mangsa.

Sebelah pagi tadi Kak Lah dan Adun Gual Periok YB Kamaruzaman Mohamad telah turun menyantuni mangsa banjir.

Semoga Kak Lah dan Kamaruzaman serta semua mangsa tabah menghadapi bencana banjiri ini

Ulasan