Afnan Hamimi dilantik Ketua Pemuda PN baharu

Pelantikan Afnan Hamimi sebagai Ketua Pemuda baharu Perikatan Nasional (PN) menggantikan Ahmad Fadhli berkuat kuasa 19 Jan 2024.


Afnan Hamimi dilantik Ketua Pemuda PN baharu
January 20, 2024

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden telah dilantik sebagai Ketua Pemuda baharu Perikatan Nasional (PN) menggantikan Ahmad Fadhli Shaari.

“Pelantikan Afnan Hamimi dibuat ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Ibu Pejabat Perikatan Nasional, semalam dan ia berkuatkuasa serta merta,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily.

Afnan Hamimi yang berasal dari Kedah merupakan Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Alor Setar sejak tahun 2022, sebelum dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia pada 2023.

Sebagai rekod, Fadhli sebelum ini dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) bermula pada 26 Jan 2022.

Amalan di dalam Perikatan Nasional secara konsensus ialah posisi Ketua Pemuda disandang oleh Ketua Pemuda PAS.

Walau bagaimanapun ia perlu dilantik oleh Pengerusi Perikatan Nasional di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi. – HARAKAHDAILY 20/1/2024

Ulasan