Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan sehingga esok

Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan sehingga esok

January 24, 2024

Amaran hujan berterusan sehingga esok, 25 Jan 2024 diumumkan METMalaysia yang dijangka melanda seluruh Terengganu dan sebahagian daerah di Kelantan.

KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga esok (25 Jan) di seluruh Terengganu dan sebahagian daerah di Kelantan.

METMalaysia dalam dalam kemaskini Facebook berkata, di Kelantan ia membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Katanya lagi, amaran hujan tahap buruk yang berlaku sejak semalam (23 Jan) berterusan sehingga kini, turut berlaku sebahagian kawasan di Kuantan Pahang.

“Amaran hujan berterusan tahap awas dijangka berlaku sebahagian daerah di Kelantan dan seluruh Terengganu sehingga esok, Khamis (25 Jan) dan Kuantan sehingga hari ini (24 Jan).

“Bagi tahap waspada pula hujan berterusan dijangka berlaku di Gua Musang sehingga 25 Januari dan Pahang, khususnya di Jerantut dan Pekan sehingga esok (24 Jan),” katanya.

Kenyataan itu menjelaskan amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan jika terdapat tanda-tanda hujan lebat berterusan dengan jumlah melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

Sementara, tahap buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

Peringatan agar orang ramai berwaspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan yang sedang dan dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut bagi sesebuah kawasan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi telefon bimbit iaitu myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan METMalaysia di https://www.met.gov.my/. – HARAKAHDAILY 24/1/2024

Ulasan