DAP semakin giat untuk jatuhkan GPS di Sarawak

DAP semakin giat untuk jatuhkan GPS di Sarawak
January 18, 2024


ORANG lama-lama pesan, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Ketika GPS bersama BN sebelum ini, Umno ambil keputusan untuk tidak bertanding di Sarawak. Kerana Umno tahu GPS sensitif dengan penglibatan parti Semenanjung ke Sarawak.

Berbeza dengan DAP-PH yang cuba menguasai 75 peratus kerusi di Sarawak pada PRN lepas.

Memang menjadi kebiasaan buat DAP untuk memberi tekanan dan mencabar kuasa dominasi politik GPS di Sarawak. Sebab itu sepanjang 22 bulan sebelum ini banyak projek-projek pembangunan di Sarawak dibatalkan.

Lim Guan Eng sendiri pernah menyebut bahawa Sarawak bakal bankrap jika GPS terus memerintah.

Sekarang walau mereka bersama dalam Kerajaan Madani, entah apa dendam DAP pada GPS sehingga masih langsung tiada hormat mereka buat parti Sarawak itu.

Mungkinkah kedudukan DAP yang hanya menjadi pembangkang dalam Kerajaan Sarawak telah mencabar ego DAP? Maklumlah mereka abang besar dalam kerajaan Madani.

Sehinggakan Ahli Parlimen DAP Sarawak sendiri pernah menyindir GPS di dalam Dewan Rakyat, “Nasib baik GPS bukan ‘king maker’ yang sebenar. Mereka dan PERIKATAN NASIONAL masih tidak cukup jumlah. Oleh itu apabila Tambun mempunyai cukup jumlah, barulah mereka beralih sokongan kepada Tambun.”

DAP perlu sedar bahawa GPS menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan bukannya menyokong PH apatah lagi DAP. Jadi usah angkuh bermain api.

23 Ahli Parlimen daripada GPS dan pucuk pimpinan GPS memainkan peranan penting dalam Kerajaan Persekutuan semasa yang tidak stabil.

Dengan musuh politik DAP yang tidak henti-henti mencemburui GPS dan cuba untuk merampas Sarawak daripada GPS adalah lebih murni jika GPS bekerjasama dengan PN yang juga menjadi musuh politik kepada DAP.

Kebaikan pastinya akan diperolehi sama ada di peringkat Persekutuan atau peringkat negeri.

Apabila orang kata Kerajaan Madani goyah, percayalah ianya kerana ketidak bersamaan parti komponen dalam kerajaan itu sendiri.

Masing-masing bergerak dengan agenda peribadi. Jadi tidak perlu tuding jari sehingga ke Dubai.

Sekian.

MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
Setiausaha
PAS Negeri Sarawak
18 Januari 2024 – HARAKAHDAILY 18/1/2024

Ulasan