KHIDMAT MALAYSIA TURUN MELAWAT KE PPS DI KLUANG




KHIDMAT MALAYSIA TURUN MELAWAT KE PPS DI KLUANG

KHIDMAT MALAYSIA telah turun ke Kluang petang tadi bagi meninjau perkembangan bencana banjir yang sedang melanda negeri Johor sejak kelmarin.
Dilaporkan bahawa sebanyak 51 PPS telah dibuka di seluruh negeri Johor dengan melibatkan seramai 7447 orang mangsa sehingga pukul 7 malam tadi.
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil bersama Tuan Ashrul Hisham bin Abdul Jalil, Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat telah turun melawat beberapa lokasi yang terlibat dengan banjir dan membuat lawatan ke PPS di PPS Dewan Dato' Syarifah Azizah Taman Ilham dan PPS Dewan Muafakat Kampung Tengah bersama Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Yang Dipertua Mohd Nor Mohamad, Penyelaras Khidmat Malaysia kawasan Kluang Khairul Anuar Ahmad Kamil, Mahat Ismail Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Timbalan Pengarah Jabatan Amal Johor, Tuan Azhar Surip turut hadir mengiringi lawatan.
YB Kak Lah yang merupakan mantan Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat dan juga merupakan mantan Pengerusi NGO Khidmat Malaysia sebelum dari itu telah melawat dua PPS yang terletak di Segamat.

Ulasan