MB lancar Program ‘We Care’ Syarikat Air Perlis

MB lancar Program ‘We Care’ Syarikat Air Perlis
January 8, 2024



KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dijemput untuk merasmikan Majlis Pelancaran Program ‘We Care’ di Pejabat Syarikat Air Perlis (SAP) Sdn. Bhd, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Aduan Awam, Izizam Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif SAP, Dr Ir Ts Mohmad Asari Daud.

Dalam amanatnya, Mohd Shukri menyampaikan motivasi kepada warga SAP dengan harapan permulaan tahun ini akan membudayakan kerja lebih baik.

Beliau juga menekankan pentingnya menyelesaikan masalah aduan rakyat sebagai salah satu objektif utama Program ‘We Care’.

“Program ini diharapkan akan membawa kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

“Kejayaan program ini juga diharapkan dapat mencorak tahun yang lebih baik untuk SAP dalam menyokong keperluan masyarakat Perlis,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/1/2024

Ulasan