Dari kiri Mohamad Hanifah Abu Baker, dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Mohd Hanifah dilantik Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sembilan
Oleh Mohd Amin Jalil - Januari 29, 2024 @ 1:58pm
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu Mohamad Hanifah Abu Baker dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal berkata keputusan lantikan itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU di Kuala Lumpur semalam.
Mohamad Hanifah menggantikan Ahmad Faizal yang memegang jawatan itu sejak Jun tahun lepas.
"Saya percaya seluruh bahagian BERSATU memberikan kerjasama baik dengan Mohamad Hanifah dalam mengukuhkan parti, sudah tentu banyak perkara boleh dilakukan serta beroleh kejayaan di Negeri Sembilan.
DISYORKAN UNTUK ANDA
"Paling penting BERSATU dan PN mesti memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa, sentiasa membangkitkan isu rakyat sambil berusaha membaiki kehidupan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Hanifah, 44, berterima kasih kepada pimpinan parti atas kepercayaan diberikan bagi menggalas tanggungjawab menerajui parti di negeri ini dan beliau berazam untuk terus membantu kepimpinan bagi memperkukuh parti di peringkat akar umbi.
"Walaupun PN hanya memenangi lima kerusi DUN di Negeri Sembilan tapi kita hampir menguasai enam kawasan lagi yang mana kita tewas dengan majoriti yang sangat tipis.
"Jadi, cabaran utama saya adalah untuk mengekalkan jumlah pengundi di Negeri Sembilan pada tempoh akan datang," katanya sudah merancang untuk bertemu dengan barisan kepimpinan BERSATU negeri dalam tempoh seminggu ini.
Ulasan
Catat Ulasan