PAS Sabah sedia hadapi PRN bila-bila masa

PAS Sabah sedia hadapi PRN bila-bila masa
January 21, 2024


SANDAKAN: PAS Sabah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan berkata, walaupun masih mempunyai tempoh dalam dua tahun lagi namun siapa tahu kemungkinan pilihan raya akan awalkan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh ahli jentera parti perlu menjaga hubungan dengan Allah dalam kesempatan mengambil keberkatan di bulan Rejab sekarang.

“Saya harap buat seluruh jentera dapat menganjurkan serta memperbanyakkan program yang melibatkan masyarakat sempena mengambil peluang pada bulan yang mulia ini.

“Setiap jentera perlu yakin dan hadam perjalanan gerak kerja yang dirancang selama ini,” katanya semasa Himpunan Jentera Pilihan raya PAS Zon Sandakan di Batu 8 di sini, semalam.

Menurutnya, perjalanan gerak kerja pilihan raya yang telah dirancang selama ini perlu difahami setiap jentera supaya benar menghasilkan konklusi yang teliti untuk memenangkan parti.

Selain itu, Dr Aliakbar juga turut mengingatkan kepada semua jentera agar sentiasa sabar dalam menghadapi sebarang ujian dan cabaran dalam parti. – HARAKAHDAILY 21/1/2024

Ulasan