Sultan Johor tidak terima menghadap sehingga 31 Januari


Sultan Johor tidak terima menghadap sehingga 31 Januari
OlehNOR AZURA MD AMIN
06 Januari 2024 05:01pmMasa membaca: 1 minit

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap sehingga 31 Januari.

Baginda bertitah sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor dan kerajaan negeri.

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.

“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Sabtu.

Pada 27 Oktober lepas, Majlis Raja-Raja bersetuju melantik Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari ini.

Ulasan