Terang lagi bersuluh Kerajaan Pusat dikuasai DAP

Terang lagi bersuluh Kerajaan Pusat dikuasai DAP
January 2, 2024


YA memang Kerajaan Pusat dikuasai DAP. Itu hakikat. Sudah terang lagi bersuluh, DAP dominan dalam Kerajaan Pusat.

Buktinya, DAP bebas memainkan sentimen agama dan tidak ada tindakan dikenakan ke atas DAP. Tengok kes Ngeh Koo Ham nak bukan-Islam nasihat gubal Undang-undang Syariah, minta maaf terus setel.

Kes Lim Guan Eng pasal gelombang hijau akan roboh tokong senyap sampai hari ini. Ahli Parlimen DAP tafsir Quran ikut sedap tekak dia, pun tak ada tindakan.

Tapi pimpinan PN, Menteri Besar Kedah, YAB Sanusi kena tangkap jam 3 pagi, dakwa di mahkamah esoknya. Jauh kan perbezaan dia. Sebab DAP boss besar dalam Kerajaan Pusat.

DAP bebas singgung kontrak sosial, Lim Kit Siang selamba saja timbulkan isu Perdana Menteri bukan-Islam. Elok saja bebas siap boleh post Facebook.

Banyak lagi bukti DAP dominan dalam Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri ke-10 (PMX) serta Umno tidak boleh nak usik DAP.

Lambat laun segala yang DAP tuntut seperti Deklarasi Setapak (hapuskan konsep bumiputera), Malaysian Malaysia, Perdana Menteri bukan-Islam akan dia laksanakan juga.

Kalau pemimpin Melayu Islam tidak sedar benda ini, malang sungguh. Jangan kerana kuasa sementara, kuasa politik Melayu Islam digadai.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”
“Untung secupak, rugi segantang”

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/1/2024

Ulasan