JAULAH KE PERAK : CATATAN KEDUA



JAULAH KE PERAK : CATATAN KEDUA
ZIARAH MAKAM SHEIKH HUSSIEN AL YAMANI

Tarikh : 10 Februari 2024

Akhirnya, hari ini kami berjaya tiba di Kampung Pulau Tiga yang terletak di Kampung Gajah Perak. Di sini dikhabarkan bermulanya sejarah keturunan kami dan yang menariknya ia bermula dari seorang tokoh ulamak yang terkenal khususnya di sekitar kawasan ini iaitu almarhum Sheikh Hussein Al Yamani.
Waktu saya kecil dahulu, ayah saya pernah menceritakan tentang asal usul saya yang berasal dari Yaman, cuma saya tidak dimaklumkan secara jelas di mana keturunan kami bermula.

Apa yang saya tahu sebelum ini, keluarga kami bermula di Matang, Taiping dan saya telah beberapa kali ke sana khususnya ketika saya belajar di STAR, Ipoh.

"Khairul Faizi bin Ahmad Kamil bin Hamzah bin Omar Baki bin Salahuddin bin Hussein. Hussien ni nama sebenarnya Sheikh Hussien datang dari Yaman" kata-kata ayah saya yang masih diingati sehingga ke hari ini.

Mengikut pembacaan yang telah saya temui setakat ini, Sheikh Hussien Al Yamani adalah merupakan adalah seorang pendakwah Arab yang datang tinggal di Pulau Tiga pada sekitar tahun 1860. Beliau dikenali sebagai seorang penulis Al Quran yang ditemui di di sini yang berusia lebih 190 tahun yang lalu.

Mengikut catatan, beliau meninggal dunia setelah habis menulis Quran tersebut dan telah dikebumikan di Pulau Tiga.

Sheikh Hussein adalah individu yang warak dalam agama Islam dan gigih menyebarkan ajaran agama Islam di serata kawasan yang berhampiran dengan kawasan Pulau Tiga.

Pesan saya kepada anak-anak dan anak-anak saudara (keturunan Ketujuh Sheikh Hussien di Malaysia) supaya teruskan usaha dakwah seperti yang telah dilaksanakan oleh almarhum.

KFAK

Ulasan