JAULAH KE PERAK : CATATAN KELIMA


JAULAH KE PERAK : CATATAN KELIMA
PADANG ESPLANADE TINGGALKAN KENANGAN

Tarikh : 10 Februari 2024

Saya masih ingat lagi, kami pasukan hoki STAR Anaconda telah pergi ke Taiping untuk 'selection' pasukan Hoki U-18 MSSPk di Taiping.

Malangnya kami terlewat kerana bas STAR alami masalah dan kami ke Taiping dengan bas Ipoh-Taiping Ekspress (bas seperti dalam filem ROCK OOO)

Kerana terlewat, maka kami anggap tak sempatlah untuk kami untuk sertai sesi pemilihan, redha sajalah jika hanya kami berjalan² saja ke sana.

Tiba di padang, memang ramai pemain yang hadir dari seluruh negeri Perak. Cikgu Amir, jurulatih kami terus ke urusetia untuk maklumkan perkara yang telah berlaku.

Mujurlah kami dibenarkan untuk terlibat dalam sesi pemilihan tersebut walaupun atas ikhsan jurulatih MSSPk yang juga merupakan guru suka SEMESTI.

Rezeki kami, 3 orang pemain (Tarik Abd Latef, Shoque & saya) telah berjaya dipilih untuk sesi ujian yang seterusnya dan akhirnya ketiga-tiga kami berjaya dipilih ke Centralize Training di Ipoh.

Di Ipoh, selepas Centralize Tarik dan Shoque digugurkan dan saya diberikan peluang untuk meneruskan cabaran sehingga ke peringkat MSSM di Klang, Selangor.

Kehilangan kedua² sahabat dari STAR memang memberikan kesan kepada saya semasa di Klang, hilang semangat untuk bermain yang mengakibatkan prestasi saya juga merudum di sana.

Apapun, semuanya menjadi kenangan yang terindah

KFAK

Ulasan