JAULAH KE PERAK : CATATAN PERTAMA



JAULAH KE PERAK : CATATAN PERTAMA

10 Februari 2024 : Alhamdulillah, pukul 5.30 pagi, rombongan kami dari Kluang seramai 35 orang tiba di perkarangan masjid At-Taqwa Kampung Padang Tembak, Teluk Intan.

Terima kasih kepada Wak Ibrahim, Noja Masjid At-Taqwa yang telah membuka perkarangan masjid lebih awal tadi. Terima kasih kepada sahabat saya cikgu Rostam Malek kerana uruskan sarapan pagi, bimbang juga takut payah nak cari kedai makan pagi-pagi pada cuti Raya Cina ini.

Kami sebenarnya akan ke Gerik untuk meraikan majlis walimatul urus yang dibuat oleh Ayah Min, adik bungsu Mak.

Ulasan