LEAD LIKE MUHAMMAD : Teknik Mendorong Perubahan Tingkah Laku

 



Alhamdulilah, dapat habiskan sebuah buku sepanjang jaulah ke Grik pada 11 Februari yang lalu.

Buku LEAD LIKE MUHAMMAD : Teknik Mendorong Perubahan Tingkah Laku ini sangat baik untuk para Ketua Organisasi untuk meneliti idea dan kaedah yang digunakan berpadukan kepada Hadith Rasulullah SAW dan diadaptasi dengan kaedah pengurusan moden.

Bila tamat baca buku ini : ada beberapa kaedah yang saya juga perlu eksperimenkan dan ada juga yang saya fikir perlu dipertingkatkan dengan apa yang saya biasa lakukan selama ini.

Apapun, saya fikir perlu juga untuk ambil kira tentang mereka yang menjadi pekerja kerana tidak semuanya boleh dapat memahami dan dapat mengikuti apa yang kita cuba laksanakan.

Secara keseluruhannya ; anda wajar memiliki buku ini.

Terima kasih Dr Ainon Mohd di atas penerbitan buku yang baik ini.
KFAK




Ulasan