'Saya beri teguran keras kepada Pak Hassan' - Fahmi

'Saya beri teguran keras kepada Pak Hassan' - Fahmi
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Februari 3, 2024 @ 6:47pm
bhnews@bh.com.my

Fahmi Fadzil (kiri) dan Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim daripada Pakatan Harapan (PH), diberi 'teguran keras' supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat seolah-olah mahu mencampuri urusan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, berkata Hassan seharusnya menghormati rakan parti yang kini bersama-sama dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jangan jaga tepi kain parti orang lain. Kalau dia hendak suruh saya letak jawatan, itu lain... kalau itu Pak Hassan Karimlah (Hassan).

"Tetapi jangan komen orang dalam parti lain, ia tidak baiklah. Saya beri teguran keras kepada Pak Hassan... orang yang saya hormat tetapi kalau buat macam itu, ada pihak akan ambil kesempatan," katanya dalam satu rakaman video dikongsikan melalui media sosial, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA

Hormat keputusan Lembaga Pengampunan, jangan terlanjur komen di media sosial - Fahmi

Pembangkang sokong PM tak langgar Akta Anti Lompat Parti

Syarikat penyedia khidmat telekomunikasi diarah baiki perkhidmatan di Sungai Melaka

Dr Mahathir 'dahagakan perhatian' - Fahmi Fadzil

Sokongan MP pembangkang kepada PM tak langgar Akta Anti Lompat Parti

PKR matang, tak akan guna kuasa punggah kekayaan demi kepentingan parti - Anwar

Kongres PKR 2023 terjemah kematangan parti, memaknai kejayaan Anwar terajui kerajaan

AMANAH berpotensi tawan kerusi DUN, Parlimen Kelantan, Kedah


Fahmi berkata demikian pada satu sidang media selepas menghadiri Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), FELDA Bukit Goh, Kuantan, Pahang, hari ini.

Pada Rabu lalu, Hassan dilaporkan berkata, UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya 'menumpang dahan' PH pimpinan Anwar yang diakuinya 'rapuh' berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16.


Hassan dipetik berkata, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma dalam parti itu adalah penting untuk mendapatkan undi Melayu.

Fahmi yang kesal dengan kenyataan Hassan itu menyifatkan tindakan sedemikian tidak akan membantu usaha menjaga hubungan baik antara parti dalam kerajaan, biarpun Ahli Parlimen itu mempunyai prinsipnya sendiri.

"Saya hormat prinsip yang beliau pegang. Namun, saya rasa cara beliau itu tidak membantu. Saya beri teguran keras dalam bab ini.

"Kita hormat parti sahabat dan sekiranya ada sebarang teguran, beliau (Hassan) boleh sampaikan kepada pemimpin (untuk) diuruskan dengan baik. Jadi, saya beri teguran keras kepada beliau dalam bab ini," katanya.

Ulasan