Apapun teori kerajaan hakikatnya rakyat sedang menderita



Apapun teori kerajaan hakikatnya rakyat sedang menderita
March 7, 2024

KUALA LUMPUR: Kerajaan PH-BN perlu mencontohi Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) terdahulu yang pernah dipimpin Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bera, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini bagi memastikan makanan sentiasa ada di atas meja rakyat dan bukan hanya berteori semata-mata.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, rakyat mahu mengetahui apa manfaat yang mereka dapat dengan kelulusan pelaburan yang diluluskan oleh kerajaan pada 2023 sebanyak RM329.5 bilion.

“Persoalan daripada rakyat adakah itu satu penanda aras ke arah prestasi ekonomi kita dan tegasnya rakyat ingin tahu berapa sebenarnya aliran masuk pelaburan daripada yang sebenarnya.

“Dan adakah ianya telah menunjukkan satu perkara yang memberi manfaat kepada rakyat jelata dan seluruh negeri-negeri yang ada di dalam negara kita ini,” ujarnya yang juga Ketua Whip PN semasa mengambil bahagian pada sesi perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menurutnya, perkara yang menjadi persoalan rakyat ialah mereka kecewa dengan kegagalan kerajaan dalam mengurus isu-isu yang berkaitan langsung dengan kehidupan mereka.

“Seperti sekuriti ekonomi dan makanan, harga barangan dan perkhidmatan yang melambung tinggi kesan kejatuhan mata wang yang amat-amat dirasai.

“Penarikan subsidi dan kini ditambah pula dengan pengenalan pelbagai cukai yang mencekik dan mencengkam rakyat, cukai atas cukai dan atas cukai dan berteorilah macam mana sekalipun hakikatnya rakyat sedang menderita sekarang ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/2/2024

Ulasan