Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional 2024
28 Sya‘ban 1445 / 9 Mac 2024 Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
“MENGHAYATI KONSEP INTEGRITI DAN ISTIQAMAH”
Oleh: YB TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Presiden PAS
Firman Allah SWT:
"Maka, tetaplah kamu berada di jalan yang benar (beristiqamah), sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112-113]
Beristiqamah perlu dihayati oleh sesiapa sahaja yang mempunyai integriti dalam dirinya. Ia merupakan sifat wajib kepada sesiapa yang melibatkan diri dalam perjuangan amar ma‘ruf (menyuruh kepada perkara yang baik) dan nahi munkar (mencegah kejahatan) yang terdapat banyak cabarannya. Kumpulan ini wajib ada dalam kalangan umat Islam yang berada di tengah-tengah manusia seluruhnya kerana risalah Islam ditujukan kepada seluruh manusia. Betapa pentingnya kewajipan itu sehingga ia disenaraikan lebih dahulu daripada rukun yang lebih besar daripadanya, kerana peranannya yang penting bagi menjaga umat dan negara.
Bersambung...
Ulasan
Catat Ulasan