PAS N Sembilan umum Jawatankuasa Harian 2023-2025

YB Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa

PAS N Sembilan umum Jawatankuasa Harian 2023-2025
March 17, 2024

SEREMBAN: Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) mengumumkan senarai Jawatankuasa Harian negeri bagi sesi 2023-2025.

Menurut Pesuruhjayanya, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua BPPNS yang berlangsung semalam.

“Semalam Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan telah bermesyuarat bagi kali kedua dalam melantik ahli-ahli jawatankuasa tambahan dan juga perancangan aktiviti untuk sepanjang Ramadan dan juga selepas Ramadan itu sambutan Aidilfitri.

“Alhamdulillah mesyuarat dipengerusikan saya sendiri selaku Pesuruhjaya yang berlangsung di Kompleks PAS Negeri Sembilan telah dihadiri oleh kesemua AJK Badan Perhubungan,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau turut menyampaikan kuliah duha di lokasi yang sama yang dihadiri sekitar 150 ahli PAS negeri sebelum berlangsungnya mesyuarat.

“Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 1.30 petang. Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan lancar dan baik sekali.

“Kita juga membentangkan perkara-perkara yang melibatkan perancangan dan dasar hala tuju PAS Negeri Sembilan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting.

Senarai Jawatankuasa Harian PAS Negeri Sembilan sesi 2023-2025

Pesuruhjaya: YB Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa
Timbalan Pesuruhjaya 1: YB Kamarol Ridzuan Mohd Zin
Timbalan Pesuruhjaya 2: Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa
Timbalan Pesuruhjaya 3: YB Ustaz Abdul Fatah Zakaria
Setiausaha: Mohamad Nazir Ramlan
Bendahari: Ustaz Suhaimi Salleh
Ketua Penerangan: Dr Mohamad Fathullah Ya’kub
Pengarah Pilihan Raya: Zakaria Khalim
Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Mohd Nazri Yusof
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Mohd Mahfuz Roslan
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Masita Mohamed Ali

Ulasan