2 pegawai syarikat air dipercayai terima suapan RM3.3 juta daripada kontraktor




2 pegawai syarikat air dipercayai terima suapan RM3.3 juta daripada kontraktor
Oleh Mohamed Farid Noh - April 30, 2024 @ 8:10am
farid_noh@bh.com.my


JOHOR BAHRU: Dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini ditahan dipercayai menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor, petang semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.

"Siasatan bertindak atas beberapa aduan sekitar 2023, di mana kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor.


"Ia sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua lagi ditahan SPRM bantu siasatan kartel perolehan TLDM

'Kartel perolehan' TLDM: Dua lagi ditahan

SPRM reman 2 pemilik syarikat kes projek pembekalan pasir

SPRM tahan pemilik syarikat kemuka butiran palsu

Bekas setpol, Datuk Seri antara 4 direman kes rasuah tender kementerian

Minta rasuah daripada pemandu lori, 3 polis kena tahan

Guru besar antara 4 ditahan SPRM kes tuntutan palsu lebih RM1.3 juta

Pengarah urusan syarikat jentera pertanian direman, kes rasuah projek bernilai RM25 juta


"Suspek terbabit dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya," kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk.Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.


"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ulasan