Acara rentas desa anjuran SM Sains Tuanku Jaafar ikut garis panduan - KP Pendidikan
BERNAMA - April 21, 2024 @ 8:46pm
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan (tengah) menyampaikan sumbangan alat tulis kepada wakil pelajar Projek Kelas Khas (PROKHAS) Kuala Koh sempena Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di Pos Lebir, Gua Musang.
GUA MUSANG: Acara larian merentas desa dilaksanakan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini, mengikut garis panduan sedia ada.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata tidak timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah berkenaan susulan kejadian seorang pelajar rebah sebelum meninggal dunia ketika menyertai acara terbabit.
"Ini adalah kemalangan (pelajar rebah kemudian meninggal dunia) dan program merentas desa yang dilaksanakan itu adalah anjuran pihak sekolah.
"Setiap acara larian merentas desa ada garis panduan sedia ada dan tidak timbul soal tindakan perlu diambil terhadap pentadbir sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di penempatan Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA
KPM minta hormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal
Pelajar maut selepas sertai rentas desa
Maut merentas desa: Semoga Nuqman tenang di sana
Pelajar maut merentas desa: Ibu bapa perlu maklum sekolah status kesihatan anak - JPNS
Ibu bapa perlu jujur maklumkan status kesihatan anak kepada pihak sekolah - Dr Dzulkefly
KPM teliti peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Sesi persekolahan kembali ke Januari 2026: Kurikulum tak terjejas
Lebih 2,000 sertai Larian Springhill 2023
Beliau mengulas insiden seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar yang merupakan pesakit jantung berlubang, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, Jumaat lepas.
Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi. – BERNAMA
Ulasan
Catat Ulasan