Ahli perniagaan bergelar Tan Sri antara ditahan kontrak bekal fleet kenderaan





Ahli perniagaan bergelar Tan Sri antara ditahan kontrak bekal fleet kenderaan kerajaan bernilai RM4.5b

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
2 April 2024, 5:03 pm

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh izin untuk mendakwa seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat pemegang konsesi pembekalan kenderaan kerajaan yang bergelar Tan Sri.

Menurut sumber, SPRM juga merakamkan keterangan beberapa saksi penting termasuk seorang bekas Menteri Kewangan serta individu-individu daripada syarikat terbabit.

Mereka sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan fleet kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion untuk tempoh 15 tahun, bermula 2022 sehingga 2037.

Media sebelum ini melaporkan SPRM telah menjalankan siasatan dan menyerbu syarikat serta kediaman ahli perniagaan bergelar Tan Sri berkenaan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan suspek disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk pertuduhan esok. – UTUSAN

Ulasan