Enam negeri alami hujan lebat, ribut petir hingga tengah hari ini
Oleh Ercy Gracella Ajos - April 17, 2024 @ 10:06am
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di enam negeri hingga tengahari ini.
Selain seluruh Pulau Pinang, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, cuaca itu diramal melanda beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Hulu Langat di Selangor; Bentong dan Temerloh di Pahang; Negeri Sembilan (Jelebu); serta Johor (Pontian).
Selain itu, cuaca sama diramal berlaku di Sarawak membabitkan kawasan Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
DISYORKAN UNTUK ANDA
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
Orang ramai dinasihati supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ulasan
Catat Ulasan