Hujan lebat, beberapa kawasan di Selangor dinaiki air
Keadaan di Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Kampung Melayu Sungai Buloh.yang dinaiki air sekitar pukul5 petang.
Oleh NURAINA HANIA ABD. HALIM
16 April 2024, 7:59 pm
PETALING JAYA: Beberapa kawasan di sekitar Selangor dinaiki air akibat hujan lebat, petang tadi.
Antara kawasan terlibat adalah Kampung Melayu Subang, Shah Alam serta Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.47 petang berkaitan kejadian banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam.
Katanya, banjir berlaku disebabkan daripada limpahan sungai berhampiran.
“Setakat pukul 7 petang ini, air mula surut kedalaman satu kaki.
“Panggilan kedua diterima pada 5.44 petang berkaitan kejadian banjir di Jalan Gajah, Kampung Kubu Gajah yang dinaiki air setinggi dua kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.POKOK tumbang akibat hujan lebat di Meru, Klang. – MEDIA SOSIAL
Terdahulu, beberapa gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan beberapa laluan utama di kawasan Kampung Melayu Subang dekat sini terputus susulan limpahan air dari sungai berdekatan menyebabkan beberapa kediaman turut dinaiki air.
Turut kelihatan sebuah kereta jenis Axia hampir tenggelam akibat paras air yang semakin meningkat. – UTUSAN
Ulasan
Catat Ulasan