Israel serang Iran



Bandar raya Isfahan di Iran yang dilaporkan antara lokasi yang diserang Israel. (FOTO FAIL: en.khuisf.ac.ir)

Israel serang Iran
April 19, 2024

Share
TEHRAN: Israel dilaporkan telah menyerang Iran, menurut paparan Newsglobeofficial melalui instagram pada pagi ini, memetik laporan ABC News yang melaporkan bahawa sumber kerajaan Amerika Syarikat telah mengesahkan serangan peluru berpandu di beberapa lokasi di Iran.

Sementara itu, Kor Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRCG) juga dilaporkan telah mengesahkan peluru berpandu telah melanda beberapa lokasi di bandar Qahjaverestan. Laporan juga menyebut serangan turut melanda Iraq dan selatan Syria.
- Advertisement -


Dalam pada itu, agensi berita Iran, Iranian Fars pula melaporkan berlaku letupan di bandar raya Isfahan, di tengah Iran, menyebabkan operasi penerbangan di ruang udara Iran dihentikan.

Laporan juga menyebut harga minyak juga telah melonjak naik lebih 4 peratus susulan laporan serangan Israel terhadap Iran berkenaan.

Serangan Israel terhadap Iran itu muncul selepas Iran menyerang Israel pada 14 April lalu dengan serangan peluru berpandu dan beratus-ratus dron sebagai tindakbalas berikutan konsulatnya di Damsyik, Syria dibom pada 1 April lepas menyebabkan tujuh pegawai IRCG terkorban – yang didakwa Tehran didalangi Zionis.– Agensi – HARAKAHDAILY 19/4/2024

Ulasan