Lebih 40,000 hadir Majlis Aidilfitri MB Perlis





Lebih 40,000 hadir Majlis Aidilfitri MB Perlis
April 21, 2024


Tetamu memenuhi ruang tempat duduk di Dewan 2020.

KANGAR: Lebih 40,000 hadir ke Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis 2024 di Dewan 2020, di sini, semalam.


Menurut Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, walaupun sambutan bermula jam 11.00 pagi, namun orang ramai mula memenuhi pekarangan dewan pada jam 10.00 pagi.

“Alhamdulillah sambutan tahun ini amat menggalakkan, apa yang saya dapati tadi kita mula jam 11.00 pagi tetapi pukul 10.00 orang sudah penuh.

“Tahun ini lebih ramai dari tahun lepas. Jika tahun lepas 30,000 tetapi tahun ini lebih 40,000,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan yang bertungkus lumus menjayakan sambutan itu.

“Kesungguhan mereka sesuatu yang amat membanggakan, teruskan komitmen supaya kejayaan dapat kita wujudkan bersama sekali gus membangunkan Perlis yang cemerlang,” katanya lagi.

Pelbagai lapisan masyarakat, tua, muda termasuk kanak-kanak dan juga pelbagai kaum tidak melepaskan peluang hadir meraikan majlis tersebut. – HARAKAHDAILY 21/4/2024

Ulasan