Letusan Gunung Ruang: MAHB nasihat penumpang hubungi syarikat penerbangan

Gunung berapi Ruang di Sulawesi yang meletus menybebabkan beberaoa pernebangan ke Sabah dan Sarawak dibatalkan. - AFP

Letusan Gunung Ruang: MAHB nasihat penumpang hubungi syarikat penerbangan

Oleh MEDIA MULIA
18 April 2024, 3:23 pm

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menasihatkan para penumpang penerbangan supaya menghubungi syarikat penerbangan mereka secara terus berikutan pembatalan penerbangan ke Kota Kinabalu dan Kuching ekoran letusan gunung berapi Ruang di Sulawesi, Indonesia.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Kanan Lapangan Terbang MAHB, Jefry Ramli berkata, bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lancar, amat menasihatkan penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan mereka mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan khusus mereka, termasuk sebarang pembatalan atau penamatan. .

“Kami telah dimaklumkan oleh syarikat penerbangan tentang kemungkinan pembatalan dan penamatan penerbangan. Syarikat penerbangan menguruskan jadual mereka sendiri dan mempunyai kata putus mengenai perubahan penerbangan.

“Untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar, kami amat menasihatkan penumpang menghubungi syarikat penerbangan mereka secara terus untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan khusus mereka, termasuk sebarang pembatalan atau penamatan.

“Butiran hubungan syarikat penerbangan biasanya tersedia di laman web atau aplikasi mudah alih mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengesyorkan merujuk syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat penerbangan yang paling tepat. – UTUSAN

Ulasan