PANTUN RAYA KETIGA
Aidil fitri kita raikan,
Bersama rakan dan juga taulan;
Hulurkan tangan bermaaf-maafan,
Salah dan silap mohon keampunan.
Bajailah hubungan persaudaraan,
Besar nilainya tersangat tinggi;
Andai ianya hanyut dibiarkan,
Akhirnya kan layu merunduk ke bumi.
Terkadang perasaan menguasai jiwa,
Selisih rasa tak bertegur sapa;
Moga menjelma setulus cahaya,
Hidup kita kan lebih bermakna.
Doa dan harapan jadikan sandaran,
Kukuhkan persahabatan dan persaudaraan;
Bersatu hati kuatkan ikatan,
Semoga berjaya pada masa hadapan.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
3 Syawal 1445
Kluang, Johor Darul Takzim
Ulasan
Catat Ulasan