SELESAI MEMBACA BUKU "SUKSES DUNIA AKHIRAT"!!


SELESAI MEMBACA BUKU "SUKSES DUNIA AKHIRAT"!!

https://www.facebook.com/photo?fbid=10235096079448552&set=pcb.10235096080448577

Semalam, Ummi Kalsum Ismail minta saya turunkan tandatangan pada buku tulisan saya "Pengurusan Organisasi Haraki" yang telah beliau beli pada tahun 2017.

Beliau juga maklum bahawa dia juga seorang penulis buku yang membuatkan saya teruja. Lantas saya mohon berikan saya link untuk saya dapatkan maklumat tentang buku yang ditulisnya.

Asalnya saya fikir nak beli secara atas talian sahaja tapi fikir balik, lebih baik saya beli terus dari Ummi. Pagi tadi saya telah terima buku tersebut dan rasa bersemangat untuk membacanya.

Sepanjang perjalanan dari Kangar ke Pulau Pinang petang tadi, walaupun agak keletihan namun terasa nak mulakan pembacaan. Tanpa terlelap sesaat pun, dengan penuh tekun saya membacanya dan malam ini saya telah berjaya selesai membaca keaeluruhan buku ini. Jarang dapat peluang nak membaca macam ini.

Secara jujurnya, secara keseluruhan saya memberikan markah yang tinggi untuk konsep penulisan yang ingin disampaikan.

Satu ceritera yang bukannya rekaan namun berdasarkan kepada perjalanan hidup beliau dan orang lain. Saya boleh sebut sebagai satu bentuk MOTIVASI dan DAKWAH yang disampaikan dengan bahasa yang mudah tetapi indah.

Apa yang ditulis adalah sesuatu realiti yang bukan hanya berlaku dalam kehidupan Ummi tetapi juga berlaku dalam diri kita.

Pada saya ; buku ini sesuai dimiliki oleh golongan remaja dan anak muda yang dalam proses kematangan dan kedewasaan. Nasihat dan motivasi yang disampaikan mudah untuk difahami dan dilaksanakan dalam diri.

Apa yang ditulis di dalam buku sememangnya diterjemahkan dalam kehidupan seharian beliau. Sebab itu saya tidak terkejut dengan kemampuan Ummi bertindak sebagai Production Manager dengan cemerlang sepanjang Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Pusat pada siang tadi.

Nak tahu lebih lanjut, dapatkanlah buku ini;
Khairul Faizi Ahmad Kamil
27 April 2024, 11.59 malam

Ulasan