TERKINI Gunung Ruang meletus: Tsunami boleh mencapai 25 meter



BADAN Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter. -AFP

TERKINI Gunung Ruang meletus: Tsunami boleh mencapai 25 meter
Oleh Wartawan Luar Negara
18 April 2024, 8:25 pm

JAKARTA: Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia memberi amaran potensi ketinggian gelombang tsunami akibat letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara boleh mencapai 25 meter.

Ketua Pasukan Kerja Gunung Berapi, Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.

“Untuk sejarah, potensi tsunami berada pada ketinggian 25 meter,” kata Heruningtyas dalam talian hari ini.

Heruningtyas menjelaskan, potensi tsunami yang disampaikan pihaknya mencerminkan sejarah letusan Gunung Ruang pada Mac 1871.

Ombak melanda pantai Tagulandang dengan ketinggian dianggarkan 25 meter.

Menurutnya, bencana itu meragut 300 hingga 400 nyawa.


Heruningtyas berkata, potensi tsunami boleh berlaku sekiranya bahan letusan Gunung Ruang jatuh ke dalam laut dan menyebabkan paras air laut meningkat.

Menurutnya, orang ramai dalam jarak enam kilometer dengan Gunung Ruang perlu segera mengosongkan diri.

“Orang ramai di Pulau Tagulandang khususnya yang tinggal berhampiran pantai harus sedar mengenai potensi letupan batu pijar, awan panas dan tsunami akibat runtuhan badan gunung berapi ke dalam laut,” katanya. -CNN Indonesia

Ulasan