50,000 peserta sertai Himpunan 100K Bela Palestin


50,000 peserta sertai Himpunan 100K Bela Palestin
Himpunan 100K Bela Palestin - Solidariti 'Raya Bersama Gaza' di Jalan Tun Razak di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Oleh AMIRUL AIMAN OSMAN
4 Mei 2024, 6:35 pm

KUALA LUMPUR: Seramai 50,000 peserta menyertai Himpunan 100K Bela Palestin yang berlangsung di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, himpunan petang ini merupakan satu acara untuk menyampaikan soladiri rakyat Malaysia kepada Palestin.


“Kita kumpulkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa untuk sama-sama menyampaikan soladiriti ini.

“Perhimpunan ini juga untuk memberikan tekanan psikologi kepada pemimpin-peminpin dunia yang membantu Israel terutamanya Amerika Syarikat,” katanya.

Perhimpunan tersebut berlangsung selama 2 jam yang bermula dari tiga lokasi berbeza iaitu Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan Masjid Ibnu Mas’ud.

Program anjuran Sekretariat Solidariti Palestin turut dihadiri pemimpin Pas terdiri Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad, Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


Turut hadir Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Ulasan