Artikel Andrew Sia bawa mesej perpecahan



Artikel Andrew Sia bawa mesej perpecahan
May 27, 2024


Semua orang bebas bersuara tapi salah Andrew Sia, menggelarkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai ‘akademi aparteid’. Satu istilah yang sangat kejam.

Lebih anehnya di Malaysia hari ini, kenyataan provokasi seperti ini tidak mendapat perhatian Menteri secepat jika dilakukan oleh orang Melayu atau parti pembangkang khususnya.



Yang tidak boleh menyakiti hati kaum lain, orang Melayu.

Yang tidak boleh mempertikaikan kaum lain, orang Melayu.

Yang perlu berkongsi sama rata segalanya, orang Melayu.

Yang perlu bertoleransi dengan bangsa lain, orang Melayu.

Tetapi apabila ada pihak cuba mempertikai hak keistimewaan Melayu, orang Melayu mesti bersabar dan cuba memahami dengan rasional dan lapang dada.

Adakah tanggungjawab menjaga perpaduan dan memahami Perlembagaan Persekutuan hanya terletak kepada orang Melayu?

Kenyataan Andrew Sia sengaja membuka ruang perbalahan dan ketidakpuasan hati yang tidak berasas terhadap sistem di Malaysia.

Beliau seolah-olah ingin mencabar orang Melayu sahaja, sedangkan UiTM untuk Bumiputera. Termasuk kaum pribumi Sabah dan Sarawak.

UiTM bukan satu-satunya tempat belajar di Malaysia. Ada sekolah vernakular untuk kaum lain dan IPTA lain yang menerima kemasukan semua kaum.

Semakin banyak pula suara yang tidak puas hati kepada orang Melayu hari ini.

ZURK AHMAD
Ketua Penerangan PAS Selangor – HARAKAHDAILY 27/5/2024

Ulasan