Briged Al-Quds, Al-Qassam bergabung pertahan Rafah





Briged Al-Quds, Al-Qassam bergabung pertahan Rafah
Oleh Wartawan Luar Negara
6 Mei 2024, 2:45 pm

GAZA: Pasukan Briged Seraya Al-Quds dilaporkan sudah berada di Rafah bagi bergabung dengan Briged Al-Qassam sebagai persiapan mempertahankan bandar yang terletak di selatan Gaza itu daripada serangan tentera Israel.

Ia susulan tentera Israel menggesa penduduk Gaza yang tinggal di timur Rafah untuk menuju ke kawasan kemanusiaan yang diperluaskan di wilayah Palestin, menjelang operasi ketenteraan yang dijangka di bandar tersebut.

“Pasukan pertahanan Israel (IDF) menggalakkan penduduk Rafah timur untuk maju ke arah kawasan kemanusiaan yang diperluaskan,” kata tentera dalam kenyataan.

Pencerobohan semula di Rafah mencetuskan kebimbangan kumpulan bantuan kemanusiaan dan pemimpin dunia.-AGENSI

Ulasan